Tuesday, December 28, 2010

Facebook Bunkface Diserang Penyokong Indonesia, Komen Berunsur Penghinaan


Lebih 650 komen diterima, dan rata-rata penyokong Indonesia melepaskan kemarahan mereka di Facebook Official Bunkface dengan komen-komen berunsur penghinaan melampau, seperti Malaysia Anjing dan sebagainya. Fuh, nampaknya mereka masih tidak dapat menerima kenyataan dengan kekalahan di AFF Suzuki Cup, malam kelmarin. Rujuk status update Bunkface diserang Indonesia.

Rasanya, selama ini tidak pernah timbul mana-mana rakyat Malaysia yang bikin kacau di laman Facebook selebriti Indonesia. Dan, rakyat Malaysia juga kebanyakannya mengambil sikap berlembut hati, beralah demi menjaga hubungan baik kedua-dua buah negara. Bukan nak menuduh, kami tahu hanya segelintir rakyat Indonesia yang tidak matang sanggup berbuat begitu. Ada juga yang masih baik hati, rasional.

Cerita lain, sebuah laman web persatuan pelajar sudah dicerobohi oleh hacker Indonesia yang tidak bertanggungjawab, sempat juga hacker yang dikenali sebagai Don Tukules tersebut meninggalkan mesej berbunyi, “Indonesia Pasti Menang”. Ish, kerana mengejar satu bola, habis hubungan 2 negara makin longgar.

0 comments:

Post a Comment